QUETTA, PAKISTAN, 1 JULAI – Sebuah wilayah Pakistan telah menggantung askar separa tentera tanpa gaji selepas me-reka enggan untuk mendapatkan vaksin COVID-19, kata para pegawai.
Kumpulan di wilayah selatan Balochistan itu telah digantung kerja kelmarin ‘selepas berulang kali diberi amaran bertulis dan secara lisan’ untuk mendapatkan suntikan, kata Habib Ahmed Bangalzai, seorang pegawai kanan tempatan.
“Mereka juga tidak akan mendapat gaji mereka,” tambah Bangalzai. Menurut pegawai, askar-askar dari Balochistan Levies, pasukan separa tentera yang membantu polis dalam penguatkuasaan undang-undang itu membuat hubungan kontak langsung dengan orang awam. – AFP