Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    70 belia masjid hadiri ceramah motivasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Seramai 70 orang belia dari Kumpulan Belia Masjid Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong, baru-baru ini, telah menghadiri Program ceramah motivasi di Masjid Sengkurong.

    Ceramah motivasi tersebut disampaikan oleh penceramah bertauliah MUIB, Ustazah Siti Hurul Ain ‘Diyana binti Haji Abdul Majid @Vieana, dengan tajuk ceramah “Journey to a Better Me”.

    Antara lain tujuan program berkenaan untuk memberikan motivasi kepada para belia untuk terus memperbaiki diri secara berterusan, disamping mengenali tujuan hidup yang sebenar sebagai hamba Allah dan muslim yang sentiasa taat dan tunduk patuh kepada Allah dalam segala aspek kehidupan.

    Ceramah juga menekankan tentang kepentingan untuk mengenal potensi diri dan bagaimana menggunakan potensi yang ada untuk kepentingan masyarakat dan negara.

    Di samping itu juga ceramah bertujuan agar belia sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.

    Antara Belia Masjid Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong yang menyertai Program ceramah motivasi masjid berkenaan. GAMBAR ATAS BAWAH

     

    Ustazah Siti Hurul Ain ‘Diyana menyampaikan ceramah di acara itu. GAMBAR-GAMBAR SERAHAN Kumpulan Belia Masjid Syababul Iman
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda