70 keluarga terperangkap, jambatan ditenggelami air

LAHAD DATU, 14 JAN – Kira-kira 70 keluarga di Kampung Sepadulang di sini terputus hubungan selepas jambatan kayu yang digunakan penduduk kampung itu ditenggelami air Sungai Segama yang melimpah akibat hujan lebat sejak Isnin lalu.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Segama Mizma Appehdullah berkata jambatan sepanjang 20 meter itu tidak boleh dilalui kenderaan untuk ke jalan utama selain strukturnya yang tidak kukuh membimbangkan penduduk kampung.

“Fenomena air naik ini kerap berlaku tetapi ini merupakan paling teruk dan ketika ini pada tahap berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mizma berkata limpahan air Sungai Segama itu turut menyebabkan kampung-kampung di sekitar Sungai Segama berhadapan kemungkinan banjir jika hujan masih berterusan. – Bernama