Friday, January 3, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    70% penduduk lengkap vaksinasi, baru bincang buka ekonomi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Bagi membincangkan pembukaan semula ekonomi, negara mengehendaki kira-kira 70 peratus jumlah penduduk yang lengkap mengambil dua dos vaksin COVID-19.

    “Jika negara sudah mencapai 70 peratus penduduk menerima dos lengkap, maka jawatankuasa pandu khas yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet akan meneliti dan
    membincangkan kesesuai-an untuk membuka kembali ekonomi negara nanti,” ujar
    Menteri Kesihatan, Yang Ber-hormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan me-ngenai pembukaan ekonomi negara semasa sidang media, di Kementerian Kesihatan hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menerangkan setelah perkara tersebut diteliti, ia akan diberigakan kepada masyarakat umum apabila sasaran hampir dicapai nanti.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda