Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    70 Rohingya ditahan di Myanmar selepas nahas trak

    YANGON, 4 DIS – Seramai 70 orang Rohingya yang bersembunyi dalam sebuah trak mengangkut halia telah ditahan di utara Yangon selepas kenderaan berkenaan menjunam ke terusan tepi jalan, junta Myanmar menyatakan hari ini.

    Rohingya Muslim di negeri Rakhine, barat Myanmar, dianggap sebagai pendatang haram di negara yang majoritinya penganut Buddha itu dan telah lama berdepan diskriminasi, sekatan-sekatan perjalanan dan dinafikan kewarganegaraan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

    Penahanan dibuat seminggu yang lalu, junta Myanmar memaklumkan dalam satu kenyataan.

    Kumpulan berkenaan yang kebanyakannya lelaki, bersembunyi di bawah beg-beg halia di dalam trak apabila ia menjunam ke terusan, menurut kenyataan itu.

    Seorang warga Bangladesh juga ditahan dan pihak berkuasa sedang mencari dua warga Myanmar yang memandu trak berkenaan dan penumpang di kabin.

    Rohingya yang disabit mencabuli undang-undang imigresen boleh berdepan hukuman penjara dua tahun di Myanmar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda