Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    70 sertai bengkel tingkatkan kehafaman Surah Al-Fatihah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Seramai 70 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir, Muslimah dan jemaah masjid telah menyertai Bengkel Surah Al-Fatihah yang diadakan pagi tadi di Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Turut hadir, Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid,  Ustaz Zulkifli bin Haji Murat; Pemangku Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar; Imam Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang selaku pengerusi bersama, Haji Mahari bin Haji Metussin; Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Aidil Sofian bin Haji Mohd Yassin; Penghulu Mukim Kiudang, Haji Khairulizam bin Haji Jefri; Ketua Kampung Kiudang dan Pad Nunok,  Awang Muhammad Rifae bin Haji Abd Rahim; serta Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, Dato Paduka Haji Aziyan bin Abdullah.

    Fasilitator bengkel ialah Haji Mohd Daud bin Haji Abd Kadir.

    Bengkel berkenaan dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang dan Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Tutong dengan kerjasama Bahagian Imarah, JHEM, KHEU.

    Program merangkumi dua sesi iaitu teori dan latihan bacaan secara berkumpulan, serta sesi tasmik perseorangan. Antara pengisian termasuk penjelasan mengenai pengertian Tahsin, pengukuhan hukum tajwid, kepentingan bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat, contoh bacaan Qari masyhur, jenis-jenis kesalahan lazim dalam bacaan Al-Quran, serta penerapan variasi lagu secara murattal.

    Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan mutu bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan pemimpin komuniti masjid, sekali gus memberi impak positif kepada kualiti ibadah khususnya solat.

    Semua di atas : Antara suasana semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JHEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda