Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    70 sertai Jerayawara Kenali ASEAN

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Dalam hasrat untuk memberigakan maklumat asas berkaitan ASEAN kepada golongan pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah St. James, Kuala Belait, hari ini.

    Taklimat semasa jerayawara yang disertai oleh 70 orang pelajar itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Turut hadir ialah Pengetua Sekolah St. James, Dayang Riman binti Sitai bersama tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pada masa sama, ia juga menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN selaras dengan Moto ASEAN iaitu ‘Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti’.

    Melalui program berkenaan, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Para pelajar semasa menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah St. James, Kuala Belait, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...