Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    70 terima sumbangan pada Majlis Tahlil Sekampung

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Seramai 36 penerima daripada kalangan anak yatim dan 34 penerima daripada golongan kurang berkemampuan dari Kampung Sungai Akar menerima sumbangan dalam Majlis Tahlil Sekampung dan Majlis Penyampaian Derma bagi Anak-anak Yatim dan Golongan Kurang Berkemampuan (Asnaf Fakir Miskin) yang berlangsung di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, baru-baru ini.

    Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Akar dan ahli Jawatankuasa Takmir MRSB Kampung Sungai Akar telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Lau How Teck selaku Penasihat MPK Sungai Akar, Dato Seri Setia Haji Ali Bin Haji Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku penaung bersama AJK Takmir MRSB.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abdul Wahab, manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Imam Tingkat II, Awang Muhammad Farhanuddin bin Haji Hassan.

    Sementara itu, solat Fardu Maghrib pula diimamkan oleh Awang Mohd Helmy bin Haji Jamil.
    Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama para penerima sumbangan.

    Yang Berhormat Lau How Teck serta jemputan khas menyampaikan derma kepada para penerima di majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MRSB
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MRSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda