Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Rumah Merah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan acara Sukan Tahunan dan Olahraga Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas kelmarin.
Acara sukan tahunan berkenaan menyaksikan penyertaan seramai 700 pelajar dari Tahun 3 hingga Tahun 6 yang mewakili rumah sukan masing-masing iaitu Rumah Kuning, Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Ungu.
Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut adalah Pemangku Pegawai Eksekutif Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad.
Dalam acara berkenaan, Rumah Merah muncul sebagai Juara Keseluruhan Sukan Tahunan dan Olahraga, tempat kedua dimenangi Rumah Ungu, tempat ketiga ialah Rumah Kuning dan tempat keempat ialah Rumah Biru.
Rumah Merah juga turut memenangi Pertandingan Persembahan Terbaik pada acara berkenaan.
Semua di atas: Antara suasana semasa acara sukan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SR YAYASAN