NEW DELHI, 28 JULAI – Anggota menyelamat di India semalam, memindahkan kesemua 700 penumpang dari sebuah kereta api selepas ia terkandas dalam air banjir monsun di antara dua stesen berhampiran Mumbai, kata menteri dalam negeri.
Satu kenyataan daripada pejabat pengurusan bencana India di negeri Maharashtra berkata, kereta api Mahalazmi Ekspres terkandas disebabkan landasannya dibanjiri.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)