Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 71 orang belia dan beliawanis menyertai Perkhemahan Youth of Faith 2.0 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia, Kumpulan Belia Ashabul Halim, Kumpulan Belia Syababurroja, Kumpulan Syababul Iman, Belia Masjid Ash-Shaliheen dan Kumpulan Belia Ashabul Akhyar dengan kerjasama Belia Masjid Senegara itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat majlis.
Dengan tema, Ignite Your Iman, Ignite Your Potential, program berobjektif untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal, khususnya bagi para belia dalam menghadapi cabaran pada era globalisasi ini.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu