Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    71 kes baharu, majoriti di Sabah

    KUALA LUMPUR, 24 SEPT – Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini turun kepada dua angka iaitu 71 kes yang merangkumi 69 jangkitan tempatan dan dua kes import membabitkan warga asing yang pulang dari Singapura dan Indonesia.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes penularan tempatan melibatkan 43 rakyat Malaysia dan 26 bukan warganegara dengan Sabah masih lagi menyumbang kepada majoriti kes iaitu sebanyak 63.

    “Daripada 63 kes yang berlaku di Sabah, 47 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 10 kes daripada kluster Laut, dua kes daripada saringan kemasukan ke hospital dan masing-masing satu kes daripada Kluster Benteng LD, saringan rujukan ke Hospital Tawau, saringan praprosedur di Hospital Semporna dan saringan bergejala di pusat perubatan yang kini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda