Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    71 murid sertai Perkhemahan Tunas Taqwa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV -Seramai 71 murid Tahun 3 hingga Tahun 6 menyertai program Perkhemahan Tunas Taqwa 2025 anjuran Sekolah Alif Sdn Bhd, Cawangan Rimba yang berlangsung pada 13 hingga 14 November lalu dengan tema From Small Shoots to Strong Believers.

    Program tersebut diadakan bagi memperkukuh akhlak, kerohanian dan kemahiran kerjasama melalui pelbagai aktiviti seperti pembinaan khemah, kemahiran survival skills, treasure hunt, slot kerohanian, tazkirah, qiamullail termasuk penyertaan Program Pejuang Fajr Kali Ke-17 di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba.

    Murid-murid turut mengikuti sesi Quranic Reflection, permainan air berkumpulan dan aktiviti refleksi diri sebagai penutup.

    Lebih 30 sukarelawan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Badan Sukarelawan Belia Da’ie dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam turut hadir membantu lancarkan aktiviti, memastikan keselamatan serta memberikan bimbingan moral dan spiritual kepada peserta.

    Perkhemahan tersebut diharapkan dapat menjadi platform berkesan dalam membentuk Generasi Rabbani yang berdisiplin, berakhlak mulia, berdaya saing serta mencintai ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

    Semua di atas: Antara suasana semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ALIF

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda