Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    72 botol, 312 tin minuman keras dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    TEMBURONG, 9 MEI – Keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah merampas sebanyak 72 botol dan 312 tin minuman keras pelbagai jenama yang ditemui di kawasan Kampung Bokok, Daerah Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, hari ini, pegawai penyiasat dan peronda yang menjalankan rondaan di kawasan Kampung Bokok telah menemukan beberapa bungkusan plastik mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan persimpangan jalan.

    Setelah pemeriksaan dilakukan, kotak-kotak tersebut mengandungi barangan tegahan iaitu pelbagai minuman keras.

    Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bangar bagi siasatan awal dan seterusnya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    Dalam kenyataan itu, PPDB menekankan bahawa dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, strategi rondaan dan pemantauan pencegahan jenayah yang dikendalikan Balai Polis Bangar masih lagi dikekalkan dengan menumpukan kawasan-kawasan panas yang dipercayai sering berlaku kegiatan-kegiatan jenayah seperti jenayah penyeludupan.

    PPDB serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain akan sentiasa komited dalam tugasan pengesanan dan pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.

    Antara barang tegahan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa semasa rondaan yang dijalankan di kawasan Kampung Bokok, Temburong, baru-baru ini.
    Bungkusan-bungkusan berisi barang tegahan yang ditemui di kawasan Kampung Bokok, Temburong pada 8 Mei lalu.

     

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...