Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    72 lemas cuti panjang di Filipina

    MANILA, 10 APRIL – Sekurang-kurangnya 72 orang maut akibat lemas di Filipina sejak awal bulan, menurut polis hari ini, mengaitkan angka yang luar biasa tinggi itu sebahagiannya kepada berjuta-juta orang yang pergi ke pantai sempena cuti awam.

    Percutian itu secara tradisinya disambut di negara majoriti Katolik dengan berjuta-juta orang meninggalkan ibu kota Manila untuk meluangkan masa bersama keluarga.

    Jurucakap Polis Negara Filipina (PNP), Kolonel Jean Fajardo berkata, jumlah korban yang tinggi itu sebahagiannya disebabkan “perjalanan membalas dendam” ketika negara itu bangkit daripada sekatan pergerakan selama bertahun-tahun untuk membendung koronavirus.

    “Orang ramai agak teruja untuk pergi ke pantai dan pusat-pusat peranginan,” kata Fajardo kepada AFP.

    Pecahan kematian tidak serta-merta diperolehi, tetapi Fajardo berkata mangsa termasuk kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan penjaga ketika berenang, serta orang yang pergi ke pantai ketika mabuk. Fajardo menggelar angka kematian “luar biasa” dan lebih tinggi daripada tahun-tahun lalu.

    “Tempat-tempat peranginan dan pantai penuh sesak. Ini juga menyumbang kepada jumlah kejadian lemas,” tambahnya. – AFP

    Gambar dari udara yang diambil pada 7 April menunjukkan orang ramai belajar meluncur semasa percutian musim panas di sebuah pantai di Wilayah Aurora, Filipina. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda