Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    72% setuju buka pusat penjagaan kanak-kanak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Seramai 11,566 orang telah menyertai kaji selidik bagi pembukaan semula pusat penjagaan kanak-kanak dan daripada jumlah tersebut hanya 10,812 iaitu 94 peratus adalah yang berkahwin.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengongsikan hasil kaji selidik bagi pembukaan pusat penjagaan yang menyatakan bersetuju dan tidak bersetuju, pada sidang media hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, dengan mengambil kira taraf kelamin iaitu 94 peratus itu, 72 peratus bersetuju untuk pembukaan semula pusat penjagaan kanak-kanak manakala 51 peratus bersetuju bagi pembukaan sekolah tadika.

    “Jika dilihat daripada jumlah peratus itu, bagi pusat penjagaan kanak-kanak mempunyai jumlah peratus yang menyatakan bersetuju untuk dibuka semula,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda