Oleh Daniel Lim BELAIT, 16 SEPT – Sebuah syarikat dikenakan denda kompaun $2,000 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melakukan kesalahan membuang sampah di kawasan Kampung Serasa pada 12 September lalu. Denda itu dikeluarkan mengikut Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021. Syarikat tersebut diberi masa tujuh hari untuk menjelaskan denda itu.