GENEVA, 6 SEPT – Kira-kira 730 kanak-kanak meninggal dunia di pusat pemakanan di seluruh Somalia sejak Januari, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, memberi amaran angka sebenar mungkin lebih tinggi dengan negara itu berdepan krisis kebuluran.
Berjuta-juta orang berdepan risiko kebuluran di seluruh Afrika yang dibelenggu krisis kemarau terburuk dalam tempoh empat dekad yang memusnahkan ternakan dan tanaman.
“Masalah kekurangan zat makanan telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata wakil Somalia untuk agensi kanak-kanak PBB UNICEF, Wafaa Saeed. – AFP