Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    734 sertai Baiduri Masters 2023

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Komuniti golf tempatan tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyahut cabaran Baiduri Masters sambil beramal dengan jumlah penyertaan setakat hari ini mencapai 734 pendaftaran yang hanya berbaki dua hari saja lagi.

    Menurut Pengiran Azaleen bin PD Haji Mustapha yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Perniagaan Bank Baiduri merangkap Naib Presiden Baiduri Masters 2023 menjelaskan bahawa penyertaan daripada komuniti golf tempatan dan pemain dari seluruh rantau ini pada kali ini dilihat cukup menggalakkan selepas acara ini ditiadakan selama tiga tahun.

    Selain itu, beliau turut mengulas bahawa kejohanan ini merupakan peluang bagi para pemain golf untuk mempamerkan kemahiran mereka sambil melakukan kebajikan.

    Asmawi bin Haji Ismail meluru ke posisi teratas sebagai pendahulu Baiduri Masters pada hari keempat kejohanan berlangsung dengan melakukan 69 pukulan sekali gus mengetepikan Bryan Chiew, Mohd Irwan Hamid dan Suhaimi bin Haji Ibrahim dengan hasil keputusan 3 bawah par.

    Sementara itu, berada rapat dengan pendahulu utama kejohanan ialah Awangku Syakir bin Pengiran Haji Alli (2 bawah par) dan bekas juara kejohanan beberapa kali, Seruji Haji Setia (1 bawah par).

    Pada hujung minggu kedua Baiduri Masters turut menyaksikan penambahan empat pemain golf wanita baharu bersaing untuk Juara Gross Wanita. Bagaimanapun, Almas Syazwani binti Kamis masih kekal di kedudukan teratas kategori Wanita dengan keputusan 7 atas par.

    Hasil kutipan daripada kejohanan tersebut akan disalurkan kepada empat organisasi amal iaitu SMARTER Brunei, Learning Ladders Society, YASKA dan JAPEM.

    Antara yang menyertai kejohanan Baiduri Masters pada kali ini. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda