Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    74 jemaah haji Malaysia dirawat ikuti Safari Wukuf

    MEKKAH, 16 JUN – Seramai 74 jemaah haji yang sedang dirawat di Pusat Rawatan Tabung Haji dan hospital di sini dibawa melakukan ibadah wukuf di Padang Arafah menerusi program Safari Wukuf semalam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah sebentar bagi menunaikan rukun haji kedua itu.

    “Alhamdulilah program safari wukuf berjaya dilaksanakan… mereka dibawa sebentar untuk wukuf (selepas waktu Zuhur), tiba di sini (Padang Arafah) untuk jangka masa pendek.

    “Semua jemaah ini kemudian akan segera dibawa kembali untuk rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

    Sebelum itu Mohd Na’im yang diiringi Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashdi Hussain; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Syed Hamadah Syed Othman turut menyantuni pesakit-pesakit yang sedang dirawat di klinik di khemah Padang Arafah.

    Turut serta Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan pengurusan tertinggi TH.

    Sementara itu Mohd Na’im turut meninjau pelaksanaan Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) di Arafah, yang melibatkan 50 jemaah haji dalam keadaan uzur kerana umur, kesihatan dan emosi, dan ditemani petugas yang terpilih menerusi inisiatif itu. – Bernama

    Jemaah haji mendengar Khutbah Arafah yang disampaikan oleh Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Hari Wukuf. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...