Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    749 ditangkap di Venezuela kerana merusuh

    CARACAS, 31 Julai  – Pihak berkuasa Venezuela telah menahan 749 orang kerana menyertai rusuhan ganas berikutan pilihan raya presiden Ahad lalu, kata Peguam Negara, Tarek William Saab kelmarin.

    Mereka yang ditangkap menghadapi tuduhan “menghasut, menghalang jalan awam, jenayah kebencian, menentang penangkapan dan dalam kes paling serius, keganasan,” kata peguam negara pada sidang akhbar.

    Menurut Saab, akibat keganasan itu, 48 pegawai tentera dan polis telah cedera, beberapa akibat tembakan, dan seorang pegawai tentera di utara negeri Aragua terbunuh.

    Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa kumpulan sayap kanan telah menggunakan kanak-kanak bawah umur dan orang di bawah pengaruh dadah dalam rusuhan di pelbagai bandar di Venezuela.

    Rusuhan itu, kata Saab, bukanlah protes sebaliknya kerja ‘penjenayah bersenjata’ yang ingin “mencipta huru-hara. Mereka mahu (rusuhan) ini meningkat ke peringkat nasional supaya ada campur tangan asing.”

     Venezuela mengadakan pilihan raya presiden pada hari Ahad, dan Majlis Pilihan Raya Kebangsaan pada Isnin mengisytiharkan Presiden Nicolas Maduro sebagai pemenang pilihan raya itu. – Xinhua

    Caption: Anggota Pengawal Kebangsaan membaling tong gas pemedih mata di kejiranan Chacao ketika penentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, di Caracas pada 30 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda