Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    75 anak yatim, daif terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Seramai 75 orang anak yatim dan anak-anak daripada keluarga daif telah menerima derma pada majlis penyampaian derma anjuran Alumni Penuntut-penuntut Brunei di Singapura (Asrama Kerajaan Brunei di Singapura – AKBS) yang diadakan di Dewan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian derma ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang juga merupakan salah seorang alumni penuntut Brunei di Singapura.

    Hadir sama ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang juga alumni AKBS.

    Majlis yang dipengerusikan oleh Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar, alumni AKBS bagi penghantaran biasiswa 1973, itu bertujuan untuk membantu anak-anak yatim dan daif membuat persediaan meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang agar dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka.

    Ia juga diadakan untuk memenuhi tanggungjawab sosial bagi membantu anak-anak yatim dan daif di samping mengumpulkan alumni penuntut-penuntut yang dahulu pernah bersama-sama belajar di Singapura bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.

    Acara berkebajikan AKBS berkenaan telah diadakan hampir setiap tahun sejak 2015.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menyampaikan derma kepada para penerima dengan disaksikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda