Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    75 murid terima kaca mata

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Seramai 75 murid dari Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 4 yang mengalami masalah penglihatan menerima sumbangan derma kaca mata, kelmarin, bersempena memperingati Hari Penglihatan Sedunia yang diadakan pada 13 Oktober setiap tahun.

    Sumbangan tersebut adalah inisiatif bagi membantu pelajar yang mengalami masalah penglihatan, sehingga mereka dapat belajar dengan lebih baik.

    Kaca mata yang sesuai dapat meningkatkan konsentrasi dan prestasi akademik mereka.

    Selain itu, sumbangan itu juga menunjukkan kepedulian masyarakat terhadap pendidikan dan kesejahteraan anak-anak.

    Majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan di Dewan Serba guna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma ialah Lembaga Pengarah Syarikat Perfect Vision Brunei, Pengiran Matusin bin Pengiran Anak Haji Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Urusan II syarikat berkenaan, Dr Faris bin Abdul Rahman, serta para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Sumbangan derma kaca mata merupakan inisiatif syarikat untuk membantu tahap penglihatan murid-murid berkenan agar mereka mengikuti pembelajaran dengan lebih baik serta meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan mata dan penglihatan dalam kalangan masyarakat.

    Sumbangan tersebut merupakan projek amal kali ketiga Syarikat Perfect Vision Brunei bagi murid-murid persekolahan agama di negara ini.

    Terdahulu para penerima telah menjalani pemeriksaan mata secara percuma yang dikendalikan di premis kedai syarikat tersebut pada 1 hingga 3 Oktober lalu.

    Pengiran Matusin menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang murid. – GAMBAR SERAHAN JPI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini