Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    75 terima sijil pada majlis penutup program

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 75 penuntut Tahun 1 dan 2 Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qira’at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang menyertai Program Motivasi dan Kepimpinan Islam telah menerima sijil semasa majlis penutup program di institut berkenaan, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengetua ITQSHHB, Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof.

    Program tersebut dikendalikan oleh Badan Sukarelawan Belia Daie dengan sokongan Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan dengan kerjasama ITQSHHB telah berlangsung selama dua hari di PDI.

    Dengan membawa tema Budaya Jahiliyyah di Era Digital: Adakah Kita Sedang Kembali Ke Masa Lalu?, program disampaikan melalui sesi perkongsian oleh Penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Sukarelawan Belia Daie, Dayang Hurul-Ain Diyana binti Haji Abdul Majid @Vieana.

    Program juga diisikan dengan beberapa taklimat, bengkel, aktiviti dan sesi pembentangan daripada fasilitator yang terdiri daripada kalangan AJK Badan Sukarelawan Belia Daie.

    Program diakhiri dengan majlis penutup yang diserikan dengan tayangan video dan Daie Open Mic sebelum majlis penyampaian sijil dan hadiah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Objektif program ini diadakan adalah bagi memfungsikan peranan Belia Daie sebagai pertubuhan belia yang bertanggungjawab melaksanakan dakwah dan Al-Amr bil ma’ruf wan Nahyu anil Munkar terutama bagi para pelajar institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.

    Awang Mohammad Ali Sabri semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada salah seorang penuntut pada majlis penutup tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara penuntut TQSHHB yang hadir semasa program itu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda