Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardi B belanja RM13 juta setiap bulan

    Penyanyi rap, Cardi B membelanjakan wang sebanyak AS$3 juta bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya setiap bulan.

    Cardi mendedahkan perkara itu selepas muncul spekulasi mengatakan dia mengalami masalah kewangan yang serius, lapor mStar

    Ia susulan penyanyi berusia 32 tahun itu dianggap terdesak apabila menandatangani kontrak bersama jenama pakaian Shein minggu lalu.

    Ramai mendakwa Cardi menerima tawaran tersebut kerana sudah tidak mempunyai wang dan tiada lagi jenama mewah mahu bekerjasama dengannya.

    Penyanyi rap berkenaan menjelaskan tawaran diterima daripada Shein lumayan sehingga membolehkan dia berbelanja mewah setiap bulan.

    “Orang kata saya tak boleh bertahan tanpa kerjasama dengan jenama besar!

    “Saya mahu anda tahu, saya boleh bangun tidur, tanda tangan kontrak dan dapat AS$65 juta dalam akaun bank,” katanya.

    Menerusi hantaran berbeza di X, Cardi turut berkongsi perbualan mesej mendedahkan rundingan konsert jelajahnya.

    Tawaran itu menyatakan Cardi akan dibayar AS$1 juta (RM4.5 juta) bagi setiap persembahan di 65 buah lokasi yang menjadikan bayaran keseluruhan berjumlah AS$65 juta atau RM293 juta.

    “Saya tidak mahu menandatangani mana-mana kontrak konsert jelajah sehingga album baru saya dilancarkan,” ujarnya.

    Album pertama Cardi iaitu Invansion of Privacy dilancarkan pada 2018. – Agensi

    Cardi menangkis dakwaan mempunyai masalah kewangan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda