Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan talian kekeluargaan melalui aktiviti sukan, seramai 30 orang pemain telah mengambil bahagian dalam perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait, Gadong, kelmarin.
Perlawanan badminton persahabatan berkenaan menyaksikan Pasukan PGMF (Pengiran Haji Mohammad Family) menentang Pasukan PVT dengan para pemain yang terdiri daripada keluarga besar PGMF dan PVT.
Turut hadir semasa perlawanan persahabatan berkenaan ialah Pengurus Pasukan PGMF, Pengiran Metussin bin Pengiran Haji Mohammad.
Perlawanan persahabatan berkenaan bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim, merapatkan lagi institusi kekeluargaan melalui aktiviti sukan yang telah lama dipraktikkan serta untuk menyahut seruan kerajaan iaitu Menuju ke Arah Warga Sihat khususnya generasi baharu.