Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    76 anak yatim PPDB terima sumbangan derma

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Dalam usaha untuk membantu meringankan beban ibu tunggal dan penjaga anak-anak yatim dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), satu majlis penyampaian derma telah diadakan di Dewan Bankuet Mes PPDB Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

    Seramai 76 orang anak-anak yatim PPDB telah menerima sumbangan derma dalam majlis yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Am Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang juga merupakan aktiviti tahunan badan berkenaan dalam usaha untuk menyalurkan sumbangan ikhlas khusus kepada anak-anak yatim PPDB.

    Sumbangan derma berkenaan disampaikan oleh isteri Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI.

    Turut hadiri sama menyampaikan derma berkenaan ialah Pengerusi Badan Kebajikan Am PEKERTI, Dayang Rokiah binti Joly @ Julai berserta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI yang lain.

    Tabung anak-anak yatim PEKERTI telah ditubuhkan sejak 2007 untuk mengumpul sumbangan daripada pegawai serta ahli-ahli PPDB, orang-orang perseorangan dan juga kutipan-kutipan derma tabung dari orang ramai.

    Tabung berkenaan ditubuhkan dengan hasrat murni untuk membantu anak-anak yatim khususnya anak-anak kepada pegawai dan anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang telah meninggal dunia bagi mengenang jasa mereka semasa berkhidmat di dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Sesuai dengan matlamatnya, penyampaian derma kali ini berhasrat untuk meringankan beban para ibu tunggal dan penjaga anak-anak yatim berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi musim persekolahan pada 2025.

    Datin Sabrina Aziemah semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Datin Sabrina Aziemah menyampaikan derma kepada antara anak yatim di majlis berkenaan.
    Gambar ramai Datin Sabrina bersama antara yang hadir ke majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...