Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Seramai 76 peserta menerima sijil setelah menamatkan Kursus Pengendalian Kertas Siasatan dan Proses Pendakwaan selama dua hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama di Bangunan Lifelong Learning Centre, Kementerian Pendidikan kelmarin,
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta serta sijil penghargaan kepada fasilitator ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Shamshol bin Haji Omar.
Kursus berkenaan bertujuan meningkatkan kemahiran menyediakan kertas siasatan yang lengkap, teratur dan menepati kehendak undang-undang.
Kursus tersebut turut memberi penekanan kepada usaha memperbaiki kelemahan teknikal yang sering berlaku dalam penyediaan kertas siasatan selain meningkatkan kerjasama antara pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan.
Kursus berkenaan dimudahcara oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Dengan penganjuran kursus ini, diharapkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan para peserta dalam melaksanakan tanggungjawab siasatan dapat terus diperkukuhkan, sekali gus memastikan kertas siasatan yang disediakan berkualiti dan memenuhi kehendak undang-undang.


