Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    77 batu karang ditanam sempena Hari Keputeraan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 31 JULAI – Poni Marine dan Projek Menjaga Khazanah Bawah Air (LAUT) Brunei telah menanam bebola terumbu yang terdiri daripada 77 batu karang di Terumbu Pelong yang terletak berhampiran dengan Serasa bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun.

    Bebola terumbu tersebut ditanam oleh seramai 14 penyelam termasuk dua sukarelawan dari Malaysia baru-baru ini.

    Acara itu merupakan kumpulan pertama bebola terumbu yang ditanam sebagai sebahagian daripada latihan berterusan selama dua minggu oleh pasukan Poni Marine di bawah bimbingan pengasas Reef Ball Foundation dan pakar pembiakan karang dari Reef Ball Foundation, Todd Barber dan Carla Bako yang terletak di Florida, Amerika Syarikat (AS).

    Ia mewakili satu inisiatif bagi mencari reka bentuk terumbu tiruan kos rendah yang mampan dan kaedah penggunaan bagi projek pemulihan terumbu karang.

    Para penyelam dan sukarelawan bergambar ramai semasa aktiviti berke-naan. – Gambar serahan Poni Divers
    Gambar serahan Poni Divers

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda