Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    78 pekerja asing Myanmar dihantar pulang

    YANGON, 30 OGOS – Seramai 78 pekerja asing Myanmar di Thailand dihantar pulang ke negara asal, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa imigresen Myanmar pada Jumaat.

    Pekerja haram terdiri migran itu termasuk enam wanita diserahkan Jabatan Imigresen Thailand di pintu sempadan Kawthoung di selatan wilayah Tanintharyi pada Rabu petang.

    Mereka diusir kerana visa tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen sah. Pada Julai lalu seramai 180 pekerja migran Myanmar telah dihantar pulang.

    Menurut statistik jabatan itu, untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini seramai 488 migran haram telah dihantar pulang ke Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Kebanyakan mereka dari wilayah Tanintharyi, Yangon, Bago dan Ayeyarwady dan negeri Mon serta Rakhine. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda