JAKARTA, 24 APRIL – Agensi Kesihatan Cianjur, Jawa Barat telah mengisytiharkan kejadian luar biasa susulan kes keracunan makanan melibatkan 78 pelajar pada Isnin lalu, dipercayai berpunca daripada program makanan berkhasiat percuma kerajaan.
Daripada jumlah itu, 55 pelajar merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Islam MAN 1 Cianjur, manakala 23 lagi dari Sekolah Menengah Pertama SMP PGRI 1 Cianjur.
Mereka mula menunjukkan simptom keracunan selepas menikmati hidangan yang disediakan menerusi program tersebut.
Ketua Agensi Kesihatan Cianjur, Yusman Faisal, berkata pengisytiharan KLB itu membolehkan tindakan bersepadu dan terkoordinasi diambil segera.
“Pasukan perubatan kami sedang menjalankan penilaian terperinci terhadap punca serta semua pihak yang terlibat,” jelasnya dipetik oleh kompas.com, pada Selasa. – ANN/The Jakarta Post
