Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    79 kain BFC telah diserahkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Sebanyak 79 helai kain penutup penyusuan anak damit (BFC) telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan oleh Jawatankuasa Kanak-Kanak Sihat (W.I. NBD) di bawah Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79, Tahun 2025.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Bilik VIP, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kelmarin, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr. Hajah Siti Nasibah binti Pengiran Haji Ismail.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Haji Shahibol Esham bin Pengiran Kamis.

    Kemudian, majlis diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kanak-Kanak Sihat (W.I. Cawangan Daerah Brunei dan Muara), Datin Hajah Masni binti Haji Mohamad Ali, dan ucapan tetamu kehormat majlis.

    Penyerahan simbolik 79 helai Nursing Breast Feeding Covers (BFC) telah disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kanak-Kanak Sihat (W.I. Cawangan Daerah Brunei dan Muara), Datin Hajah Masni kepada Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr. Hajah Siti Nasibah.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat dan doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara,  Pengiran Haji Shahibol Esham.

    Turut hadir, Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Kesihatan, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kanak-Kanak Sihat (W.I. NBD), wakil Syarikat Perusahaan Mazroni, serta pihak media massa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs