Friday, March 28, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    79 kakitangan Hengyi sertai majlis khatam

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Bersempena bulan Ramadan, Hengyi Industries Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Az-Zakireen, Rancangan Perumahan Negara Meragang.

    Seramai 79 orang kakitangan Hengyi Industries mengambil bahagian dalam majlis berkenaan yang turut menyaksikan kehadiran, Pemangku Penghulu Mukim Serasa dan Ketua Kampung RPN Kampung Meragang Kawasan 1, Awang Mazlan bin Haji Jumat, Ketua Kampung RPN Meragang Kawasan 2, Awang Mohammad bin Haji Tamin dan Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Serasa dan Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Zinin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran. Sementara itu, bacaan Takhtim, Doa Khatam Al-Quran dan Doa Selamat telah diketuai oleh Awang Muhammad Sa’dun bin Haji Suhaili dan dikir dipimpin oleh Awang Mohamad Izuan bin Marali.

    Pada majlis berkenaan, Hengyi Industries juga menyampaikan sebuah meja bulat besar dan 10 buah kerusi sebagai wakaf kepada Masjid Az-Zakireen yang dihasratkan untuk memberikan kemudahan tambahan kepada masjid, sekali gus memastikan ruangan yang lebih selesa bagi aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

    Hengyi Industries juga menyampaikan sebuah meja bulat besar dan 10 buah kerusi sebagai wakaf kepada Masjid Az-Zakireen. – GAMBAR SERAHAN HENGYI INDUSTRIES
    Antara yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN HENGYI INDUSTRIES

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda