Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    79 tampil derma darah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 25 FEB – Seramai 79 orang telah tampil untuk menderma darah dengan masing-masing menyumbang satu pain darah semasa kempen derma darah anjuran Kelab Rotary Belait (RCB) di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Mengetuai kempen itu ialah presiden kelab, Patricia Bong, diiringi oleh pengerusi, Selency Hwong.

    Diadakan bersempena Hari Penderma Darah, kempen itu bertujuan membantu meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan manfaat menderma darah.

    Sebagai tanda terima kasih, presiden kelab menyampaikan cenderahati kepada penderma darah atas sumbangan mereka dalam kempen tersebut.

    Gambar ramai peserta bersama ahli RCB semasa kempen derma darah tersebut. – GAMBAR SERAHAN RCB
    GAMBAR SERAHAN RCB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda