Saturday, April 26, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bonobo betina Congo bentuk kumpulan tangani agresi jantan

    NEW YORK, 25 APRIL – Di habitat liar, satu kajian baharu mendapati bonobo  bersama-sama cimpanzi, merupakan antara saudara terdekat manusia  hidup dalam masyarakat yang secara umumnya didominasi oleh betina, walaupun bonobo jantan secara fizikal lebih besar dan kuat.

    Selama tiga dekad pemerhatian di Congo, satu-satunya tempat bonobo yang terancam hidup di alam semula jadi.

    Para saintis menyokong idea tentang ‘persaudaraan perempuan’ di mana bonobo betina bergabung tenaga untuk menunjukkan kuasa mereka.

    Kumpulan bonobo betina ini dilihat menghalau bonobo jantan keluar dari pokok bagi mendapatkan makanan, dan betina yang lebih kerap bergaul dalam kumpulan berada pada kedudukan sosial yang lebih tinggi dalam komuniti mereka, menurut para penyelidik.

    “Jelas sekali, sebagai bonobo jantan, anda tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya,” kata penulis kajian, Martin Surbeck dari Universiti Harvard.

    Penemuan ini diterbitkan pada Khamis dalam jurnal Communications Biology.

    Menurut Surbeck, kekuatan angka dalam kalangan bonobo betina membolehkan haiwan ini untuk mengatasi kekuatan fizikal bonobo jantan. Ini merupakan antara kes jarang dalam dunia haiwan di mana strategi kumpulan sebegini membolehkan betina menguasai. Hyena bintik juga memperoleh kuasa melalui kekuatan berpasukan.

    Bonobo betina membentuk ikatan walaupun tidak mempunyai hubungan rapat, saling menyokong dalam menghadapi bonobo jantan dan memperkukuhkan kedudukan sosial dalam kumpulan haiwan tersebut.

    Pemerhatian ini menunjukkan bagaimana bonobo betina bekerjasama untuk melindungi diri daripada keganasan jantan, kata ahli antropologi biologi Laura Lewis dari Universiti California, Berkeley.

    Penemuan ini menyokong “idea manusia dan nenek moyang kita mungkin telah menggunakan pakatan untuk membina dan mengekalkan kuasa selama berjuta-juta tahun,” kata Lewis, yang tidak terlibat dalam kajian itu, melalui emel. -AP

    Gambar fail seekor bonobo betina sedang dirapi oleh bonobo betina lain di Congo pada 2020. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda