Saturday, January 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 cedera dalam serangan tukul di Universiti Tokyo

    TOKYO, 10 JAN – Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam serangan menggunakan tukul di Universiti Hosei, Kampus Tama, Tokyo hari ini dan suspek telah ditahan, menurut laporan media Jepun, NHK.

    Menurut NHK, polis memaklumkan bahawa semua mangsa cedera dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas serangan yang berlaku pada waktu petang itu.

    Jiji Press melaporkan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20an telah ditahan. Penyiar FNN pula melaporkan bahawa penyerang dipercayai seorang pelajar universiti dalam lingkungan umur yang sama dan telah dihalang oleh kakitangan universiti.

    Polis tidak dapat mengesahkan butir-butir kepada AFP mengenai kejadian jenayah ganas yang jarang berlaku di Jepun, sebuah negara yang mempunyai undang-undang kawalan senjata yang ketat. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda