Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    8 cedera serangan bas di Baitulmaqdis

    BAITULMAQDIS, 14 OGOS – Polis Israel telah menahan seorang suspek yang melepaskan tembakan terhadap sebuah bas yang mencederakan lapan orang awam, termasuk seorang wanita mengandung dan beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS).

    Jurucakap pegawai polis, Kan Eli Levy, berkata mereka telah berjaya menangkap pengganas selepas beberapa jam insiden tembakan berlaku berdekatan Tembok Barat tempat suci orang Yahudi.

    Sementara itu, kedutaan AS dalam satu kenyataan berkata mereka terkejut dan sedih di atas serangan pengganas tersebut selepas beberapa rakyat AS turut cedera.

    Salah seorang mangsa tembakan adalah wanita mengandung dan selamat melahirkan anak melalui cara pembedahan Caesarean sejurus selepas serangan tersebut.

    “Seorang mangsa yang mengandung masih diintubasi dan dalam keadaan serius,” kata seorang jurucakap di Hospital Shaarei Tsedek. “Anak yang dalam kandungan turut dalam keadaan serius tetapi stabil.”

    Suspek telah menyerahkan diri selepas beberapa jam melepaskan tembakan. Perdana Menteri Israel, Yair Lapid, memberitahu bahawa suspek tersebut adalah penduduk setempat dengan rekod jenayah. – AFP

    Pihak polis Israel ketika memeriksa sebuah bas yang terlibat dalam serangan di bandar Baitulmaqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...