Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 dihukum mati, seludup heroin

    HANOI, 28 April – Vietnam telah menjatuhi hukuman mati ke atas lapan penyeludup dadah kerana menyeludup 300 kilogram heroin ke China, ada di antaranya dalam silinder gas, menurut media negeri.

    Kartel itu disabit menyeludup dadah di sempadan di antara 2004 dan 2015, menurut satu laporan semalam dalam akhbar An Ninh Thu Do, akhbar rasmi polis Hanoi.

    Dalang sindiket Dang Minh Chau dituduh mengetuai ‘geng penjenayah berbahaya’ tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup disebabkan dia mempunyai seorang anak kecil.

    Dua anggota geng lain juga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

    “Dand Minh Chau akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas penyeludupan dadah disebabkan dia telah membesar anaknya yang berusia kurang 36 bulan,” kata laporan polis.

    Dua orang lagi dipenjarakan di antara 12 dan 18 bulan selepas perbicaraan empat hari di Hanoi, menurut Agensi Berita Vietnam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda