KOTA KINABALU, 13 OGOS – Polis Sabah menahan lapan individu termasuk empat warga emas dalam serbuan yang dijalankan di daerah Ranau dipercayai terlibat dalam pembuatan serta pembelian senjata api buatan sendiri pada 6 dan 7 Ogos lalu. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata polis membuat serbuan ke sebuah rumah dua tingkat pada 6 Ogos jam 2:30 pagi di Kampung Kinaratuan, Ranau dan