Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    8 kanak-kanak maut jatuh dari kuda

    ULAN BATOR, 30 JUN – Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak telah meninggal dunia dan lima lagi cedera parah selepas jatuh dari kuda di Mongolia setakat ini tahun ini.

    Media tempatan mendedahkan jumlah tersebut ketika memetik kenyataan dari Agensi Polis Kebangsaan negara itu selepas isu berkaitan hak dan keselamatan joki kanak-kanak dibangkitkan menjelang cuti hari kebangsaan Mongolia, Naadam, yang sering memaparkan perlumbaan kuda, acara memanah dan tinju.

    Disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Kemanusiaan Tak Ketara UNESCO, cuti rasmi itu diraikan bermula 11 hingga 15 Julai. Pada 2018,

    kerajaan Mongolia memutuskan mengharamkan perlumbaan kuda dalam musim sejuk.

    Berdasarkan Peraturan Perlumbaan Kuda Kebangsaan Naadam, usia minimum joki kanak-kanak adalah tujuh tahun. Walau bagaimanapun, peraturan itu tidak dilaksanakan dalam semua perlumbaan kuda dianjurkan sepanjang tahun di negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -