KANSAFRA, 20 OGOS – Serangan rejim Syria mengorbankan lapan kanak-kanak dan seorang wanita di kubu terakhir pemberontak, Idlib dalam tempoh dua hari. Badan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, serangan artileri pada awal pagi ini di sebuah kampung Kansafra di barat laut Idlib membunuh empat kanak-kanak dari keluarga yang sama.