Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Bagi meringankan bebanan mangsa yang ditimpa musibah, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghulurkan bantuan kewangan kepada lapan ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan rumah roboh, hari ini.

    Majlis penyampaian bantuan berkenaan berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan hadir menyempurnakan penyampaiannya ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Daripada lapan orang ketua keluarga berkenaan, enam orang adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Telanai, Kampung Bebatik Kilanas, Kampung Tamoi Tengah dan Kampung Madewa. Manakala sebuah keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampung Saba Laut, Daerah Brunei dan Muara, dan sebuah keluarga lagi merupakan mangsa kejadian banjir di Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait.

    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian-kejadian bencana berkenaan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Sumbangan berkenaan adalah untuk meringankan kesusahan yang dialami oleh
    mangsa-mangsa dan demi kesejahteraan mereka sekeluarga.

    Ia juga menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang ketua keluarga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda