Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 lagi perdengarkan bacaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Azrol Azmi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Empat qari dan empat qariah lagi memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H/2018M di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, malam ini.

    Berkenan berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2018M serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat menghadiri Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H/2018M pada malam kedua di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin. – Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat ke Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H/2018M hari kedua di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
    Persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada tiga qari tempatan.
    Awang Mohammad Zul-Hafiz ketika memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
    Hajah Nurfaezah ketika memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Peserta yang memperdengarkan bacaan pada hari kedua ialah Awang Mohammad Albi bin Haji Ibrahim; Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah; Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya; Haji Awang Mohammad Fikri bin Haji Awang Metussin; Dayangku Fauziah binti Pengiran Haji Jofri; Hajah Nurfaezah binti Haji Emran; Dayang Hajah Nurhapidzah binti Haji Hassan; dan Dayang Zarina binti Abdul Wahab.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh tiga orang qari tempatan iaitu Dato Paduka Haji Yussof bin Bakar yang merupakan Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1991 dan tempat ketiga Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1981 dan 1988; Mudim Haji Metasim bin Haji Metussin, pemenang tempat ketiga Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2001; dan Pengiran Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2016 dan 2017.

    Majlis pengumuman keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H/2018M akan diadakan esok 1 Mac 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda