Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut, 15 cedera lori jatuh gaung di Selatan Filipina

    MANILA, 7 OGOS – Lapan orang maut manakala 15 lagi cedera selepas sebuah lori yang membawa 22 orang terjunam ke dalam gaung di wilayah Sultan Kudarat, selatan Filipina, menurut polis hari ini, lapor Xinhua.

    Kemalangan kira-kira 5:20 petang pada Selasa berlaku ketika lori itu sedang melalui selekoh menuruni bukit di lebuh raya di bandar Lebak.

    Polis berkata brek lori itu gagal berfungsi menyebabkannya melanggar serpihan konkrit daripada projek pembinaan jalan yang sedang dijalankan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

    Anggota penyelamat membawa mangsa cedera ke hospital dan lapan daripada mereka disahkan meninggal dunia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda