Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut, 20 cedera bas langgar pokok

    DHAKA, 29 MEI – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 20 lagi cedera hari ini apabila sebuah bas penuh sesak melanggar pokok di daerah selatan Barisal, Bangladesh, kira-kira 180km ke selatan Dhaka, lapor Xinhua.

    Superintenden polis Daerah Barishal Md Maruf Hossain berkata pemandu kelihatan hilang kawalan bas itu semasa memandu di lebuh raya dalam perjalanan semalaman.

    Menurut polis tempatan, 20 daripada 42 orang dalam bas itu cedera dan sebahagiannya dalam keadaan parah.

    Kesemua yang cedera dikejarkan ke hospital dan klinik tempatan, kata pegawai polis, menambah punca sebenar kemalangan masih daam siasatan.

    Kemalangan jalan raya maut itu berlaku pada jam 5:40 pagi waktu tempatan, menurut ketua polis daerah.

    Bangladesh mempunyai kadar kemalangan maut tertinggi di dunia kerana lebuh raya kurang bermutu, kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik, pelanggaran peraturan trafik oleh pemandu tidak cekap serta kurangnya pemantauan oleh jabatan lalu lintas jalan raya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda