Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    8 maut, 60 cedera dalam letupan kilang kimia

    NEW DELHI, 24 MEI – Lapan orang terbunuh manakala 60 cedera dalam satu letupan di sebuah kilang kimia di barat India, kelmarin.

    Letupan itu berlaku di sebuah dandang di kilang Amudan Chemical Company, yang terletak di kawasan Maharashtra Industrial Development Corporation (MIDC) di pinggir bandar Dombivli, Thane, kira-kira 35km dari Mumbai.

    Media tempatan melaporkan bahawa bumbung kilang berdekatan telah tercabut akibat impak letupan tersebut.

    “Enam lelaki dan dua wanita terbunuh dalam kejadian itu tetapi mayat mereka hangus sehingga sukar dikenali,” kata ketua unit pengurusan bencana Perbandaran Thane, Yasin Tadvi.

    Media tempatan memetik menteri industri negeri, Uday Samant, melaporkan bahawa mereka yang terbunuh bekerja di kilang-kilang berdekatan. – Bernama

    Pasukan penyelamat Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan membawa mayat seseorang selepas letupan dan kebakaran di sebuah kilang kimia di Dombivali dekat Mumbai, India, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...