Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut, bot terbalik di Indonesia

    Jakarta, 1 Jan – Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan beberapa orang yang lain hilang selepas bot penumpang terbalik di pantai Borneo hari ini, dalam kemalangan maritim terbaru di Indonesia itu.

    Bot yang membawa kira-kira 45 orang penumpang itu, tenggelam beberapa minit setelah meninggalkan Tanjung Selor di wilayah Utara Borneo, kata Gusti Anwar Mulyadi, seorang pegawai kanan agensi pencari dan menyelamat tempatan.

    Seramai 33 orang telah berjaya diselamatkan setakat ini dan anggota tentera laut telahpun dihantar untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat para penumpang, tetapi keadaan ombak tinggi akan menyukarkan operasi itu.

    “Kami belum tahu lagi apa punca sebenar kejadian itu dan bagaimana sebenarnya ia berlaku. Tapi kami akan mencuba mengenal pasti puncanya dan kini kami fokus melakukan misi pencarian penumpang lain,” kata Mulyadi kepada AFP.

    Kejadian ini merupakan kemalangan bot terbaru di kepulauan Indonesia, yang penduduknya bergantung kepada penggunaan bot dan feri oleh kira-kira seramai 17,000 orang di pulau itu, tetapi rekod kemalangannya semakin menjadi-jadi.

    Para penyelamat di tempat kejadian feri karam yang membawa kira-kira 45 orang, di Tanjung Selor, Utara Kalimantan pada 1 Januari. – AFP

    Pada Julai lalu, lapan orang maut lemas dalam satu kemalangan bot pada laluan yang sama iaitu dari Tarakan ke Tanjung Selor.

    Pada 1 Januari tahun lepas, sekurang-kurangnya 23 orang maut apabila berlakunya kebakaran pada sebuah bot pelancong dari Jakarta. Ia telah membawa kira-kira 250 pelancong tempatan untuk meraikan Tahun Baru di pulau Tidung berhampiran Jakarta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda