Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut dalam nahas akibat ribut pasir

    LOS ANGELES, 27 JULAI – Lapan orang terbunuh dalam pelanggaran puluhan kenderaan yang bertindan-tindih selepas ribut pasir menjejas jarak penglihatan di lebuh raya padang pasir sibuk di barat negeri Amerika Syarikat (AS) Utah, kata pegawai semalam.

    Kanak-kanak adalah antara yang terkorban dan beberapa orang yang dibawa ke hospital tempatan oleh ambulans termasuk sekurang-kurangnya tiga orang berada dalam keadaan kritikal. Kira-kira 22 kenderaan terbabit dalam ‘beberapa siri kemalangan’ di sekitar 150 batu selatan Bandar Salt Lake, kata jabatan keselamatan awam Utah, dengan lima di antara mereka yang terbunuh berkongsi satu kenderaan.

    Video yang diambil oleh pemandu kereta menunjukkan pelbagai trak, treler dan kereta terhenti dan dikelilingi bangkai kereta yang bertaburan di jalan raya.

    “Kami mempunyai kenderaan di merata tempat. Beberapa kenderaan cuba membelok di luar jalan raya. Kami mempunyai kenderaan yang terbalik,” beritahu sarjan Peronda Lebuh Raya Utah, Cameron Roden kepada penyiar tempatan CBS.

    “Salah sebuah kenderaan yang menarik treler menunjukkan treler tersebut hancur berkecai dalam perlanggaran itu.

    Gabenor Utah Spencer Cox berkata beliau ‘terkejut dan sedih dengan kemalangan mengerikan itu.’ – AFP

    Gambar serahan Peronda Lebuh Raya Utah menunjukkan perlanggaran bertindan-tindih di Interstate 15 di Millard County, berhampiran Bandar Kanosh, Utah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda