Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut dalam serangan pisau di sekolah

    NANJING, 17 NOV – Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China kelmarin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa polis tempatan.

    Serangan berlaku kira-kira jam 6:30 petang di Wuxi Vocational Institute of Arts and Technology. 

    Suspek berusia 21 tahun, yang dikenali dengan nama keluarga Xu ditahan di tempat kejadian dan mengaku melakukan jenayah itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh biro keselamatan awam Yixing.

    Menurut polis, Xu, seorang graduan sekolah itu tahun ini, kembali ke sekolah berkenaan untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak menerima sijil tamat pengajian kerana gagal dalam peperiksaan dan tidak berpuas hati dengan bayaran semasa latihan amalinya.

    Usaha menyelamat sedang dijalankan, dan polis meneruskan siasatan berhubung kes itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda