Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut dalam serangan udara di pasar Myanmar

    ISTANBUL, 21 Julai –  Sekurang-kurangnya lapan orang awam maut dan lapan lagi cedera dalam satu serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah kawasan pasar di utara Negeri Shan, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan kelmarin. 

    Serangan itu berlaku di Bandar Hsenwi dalam Wilayah Lashio, menurut akhbar Irrawaddy.

    Hsenwi  berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak, Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), tahun lepas.

    Sekurang-kurangnya 38 orang awam terbunuh di Wilayah Lashio antara 3 hingga 19 Julai berikutan pertempuran antara tentera dengan kumpulan pemberontak. 

    Sejak rampasan kuasa pada Februari 2021, negara di Asia Tenggara itu menghadapi masalah sosial, politik dan ekonomi yang serius apabila pihak tentera mengambil tindakan terhadap mereka yang dianggap sebagai penentang.  

    Sejak Oktober lepas, pertempuran antara tentera dan kumpulan penentang bersenjata semakin meningkat dan merebak ke hampir  seluruh Myanmar.

    Lebih daripada 2.8 juta penduduk negara itu terpaksa berpindah sementara sekurang-kurangnya 18 juta memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

    Seorang askar dilihat berkawal di jalan Nandeng, wilayah Wa di Myanmar, pada September 2009. Pertempuran antara tentera dan kumpulan penentang semakin meningkat di negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda